Wednesday 29 October 2014

SENAMAN MENGIKUT BENTUK BADAN KITA

Hai...selamat sejahtera semua..maaf la sebab rasa dah lama tak update blog.. sibuk sikit.. So...dekat mana kita hari itu?? Oh...senaman untuk kita-kita yang berbentuk pear / epal  ya?? Ok..so hari ini saya nak kongsikan pulak senaman bagi badan yang berbentuk hourglass. Ada juga yang mengatakan bentuk badan ini ala-ala pinggang kerengga atau nombor 8. Tak kisahlah orang gelarkan apa dengan bentuk badan ini.. yang pasti kita nak fokus senaman apa yang perlu kita lakukan ok... Are you ready guys..!!


SENAMAN UNTUK BADAN BERBENTUK HOURGLASS 

NAIK TURUN TANGGA




  • Orang yang badannya berbentuk hourglass  ini boleh melakukan naik turun tangga di pejabat, dirumah di mana kawasan yang mempunyai tangga.. kalau paling power naik turun tangga di batu caves yang beribu-ribu anak tangganya. senaman ini di fokuskan untuk peha dan betis. Ia juga dapat membakar lebih banyak kalori dalam badan kita
  • Lakukan 3 set atau 5 set untuk sekali sesi.
  • Jika berlakunya sakit-sakit di bahagian peha dan betis... jangan STOP pada hari esoknya..itu membuktikan otot-otot kita sedang membentuk dan diharap teruskan sehingga kita memendapat bentuk badan yang ideal... :)

JUMP ROPE / SKIPPING

  • Senaman ini mudah dilakukan dimana-mana kawasan yang sesuai.
  • Jump Rope / Skipping adalah satu latihan kardio (latihan untuk menguatkan jantung)
  • Lakukan selama 10 mint , Ia sama dengan berjoging selama 8 mint/mil
  • Ia juga dapat membangunkan kepadatan pada tulang kita
  • Dengan melakukan senaman ini, Ia juga dapat mengecilkan peha kita.


PILATES / SENAMAN LANTAI


  • Salah satu senaman @ pergerakan fizikal untuk pengimbangan badan dan latihan pernafasan
  • Perhatian!! senaman ini boleh dilakukan semasa kita sedang berpuasa..ok la kan???
  • Senaman ini di fokuskan kepada bahagian perut 
  • Lakukan setiap pergerakan senaman ini dalam kiraan 15 ke 20 saat pada permualaan
  • Buat ulangan selama 5 ke 7 kali dan tukar pergerakan lain dengan kiraan dan kekerapan yang sama
  • Ia juga dapat meningkatkan kekuatan badan, fleksiblitas badan, menguatkan kekuatan pada oto perut
  • Juga difokuskan pada bawah punggung dan pingul.

Fuhhhh!!!! bagi berbadan selain dari bentuk badan hourglass ini pun boleh melakukan juga senaman ini. tak ada masalah... Ok... ini dahulu dari erin untuk senaman bagi bentuk badan hourglass ..  kita akan jumpa lagi esok untuk senaman yang seterusnya..



Selain senaman yang kita sering lakukan ini, SUPLEMENT juga penting untuk kita, dari segi membantu kita untuk membakar lemak dengan segara dan secara tak langsung dapat memberi tenaga pada badan kita. Saya juga mengamalkan pengambilan suplement untuk membantu saya dalam proses menguruskan badan. TAPI...harus berjaga-jaga dengan produk yang ada diluar sana, ramai yang ingin memungut keuntungan dari orang-orang yang memerlukan suplement seperti kita, oleh itu haruslah sentiasa peka dengan sesuatu produk yang diambil. SHARING IS CARING !!.. 



2 comments:

  1. thank erin....akn ku amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok zana..kita sama-sama erk..aku dah beli kasut..jom g joging..heheh

      Delete