Wednesday 29 October 2014

SENAMAN MENGIKUT BENTUK BADAN KITA

Hai...selamat sejahtera semua..maaf la sebab rasa dah lama tak update blog.. sibuk sikit.. So...dekat mana kita hari itu?? Oh...senaman untuk kita-kita yang berbentuk pear / epal  ya?? Ok..so hari ini saya nak kongsikan pulak senaman bagi badan yang berbentuk hourglass. Ada juga yang mengatakan bentuk badan ini ala-ala pinggang kerengga atau nombor 8. Tak kisahlah orang gelarkan apa dengan bentuk badan ini.. yang pasti kita nak fokus senaman apa yang perlu kita lakukan ok... Are you ready guys..!!


SENAMAN UNTUK BADAN BERBENTUK HOURGLASS 

NAIK TURUN TANGGA




  • Orang yang badannya berbentuk hourglass  ini boleh melakukan naik turun tangga di pejabat, dirumah di mana kawasan yang mempunyai tangga.. kalau paling power naik turun tangga di batu caves yang beribu-ribu anak tangganya. senaman ini di fokuskan untuk peha dan betis. Ia juga dapat membakar lebih banyak kalori dalam badan kita
  • Lakukan 3 set atau 5 set untuk sekali sesi.
  • Jika berlakunya sakit-sakit di bahagian peha dan betis... jangan STOP pada hari esoknya..itu membuktikan otot-otot kita sedang membentuk dan diharap teruskan sehingga kita memendapat bentuk badan yang ideal... :)

JUMP ROPE / SKIPPING

  • Senaman ini mudah dilakukan dimana-mana kawasan yang sesuai.
  • Jump Rope / Skipping adalah satu latihan kardio (latihan untuk menguatkan jantung)
  • Lakukan selama 10 mint , Ia sama dengan berjoging selama 8 mint/mil
  • Ia juga dapat membangunkan kepadatan pada tulang kita
  • Dengan melakukan senaman ini, Ia juga dapat mengecilkan peha kita.


PILATES / SENAMAN LANTAI


  • Salah satu senaman @ pergerakan fizikal untuk pengimbangan badan dan latihan pernafasan
  • Perhatian!! senaman ini boleh dilakukan semasa kita sedang berpuasa..ok la kan???
  • Senaman ini di fokuskan kepada bahagian perut 
  • Lakukan setiap pergerakan senaman ini dalam kiraan 15 ke 20 saat pada permualaan
  • Buat ulangan selama 5 ke 7 kali dan tukar pergerakan lain dengan kiraan dan kekerapan yang sama
  • Ia juga dapat meningkatkan kekuatan badan, fleksiblitas badan, menguatkan kekuatan pada oto perut
  • Juga difokuskan pada bawah punggung dan pingul.

Fuhhhh!!!! bagi berbadan selain dari bentuk badan hourglass ini pun boleh melakukan juga senaman ini. tak ada masalah... Ok... ini dahulu dari erin untuk senaman bagi bentuk badan hourglass ..  kita akan jumpa lagi esok untuk senaman yang seterusnya..



Selain senaman yang kita sering lakukan ini, SUPLEMENT juga penting untuk kita, dari segi membantu kita untuk membakar lemak dengan segara dan secara tak langsung dapat memberi tenaga pada badan kita. Saya juga mengamalkan pengambilan suplement untuk membantu saya dalam proses menguruskan badan. TAPI...harus berjaga-jaga dengan produk yang ada diluar sana, ramai yang ingin memungut keuntungan dari orang-orang yang memerlukan suplement seperti kita, oleh itu haruslah sentiasa peka dengan sesuatu produk yang diambil. SHARING IS CARING !!.. 



Friday 24 October 2014

SENAMAN YANG PERLU FOKUS

Salam dan selamat sejahtera. Hari ini apa ye yang nak dikongsi?? ok..erin hari ini nak kongsikan cara senaman yang perlu kita fokus dari segi bentuk badan kita.. sebelum itu semua dah tahu jenis bentuk badan sendiri?? apa ya?? boleh share  dengan erin...??


Ok disebabkan bentuk badan erin adalah pir / epal.. so erin kongsi la senaman yang sesuai dengan tubuh badan erin. kadang-kadang kita memang nak cepat untuk turunkan berat badan.. dan kita senaman sehabis-habisan..tapi keputusan yang kita dapat..kecil dekat tempat yang kita tidak sasarkan..Oleh itu, kita perlu la tahu cara senaman yang betul dan sesuai dengan kita.

JOM KITA TENGOK....

SENAMAN KERUSI BAYANGAN

  • Kita berdiri tegak dan bersandar pada dinding yang rata
  • Dengan perlahan-lahan turun sambil tangan dipingang / angkat tangan seperti di dalam gambar rajah diatas.
  • Turun sampai kita rasa kita sedang duduk di atas kerusi.
  • Pastikan badan sentiasa tegak dan bersandar di dinding
  • Cuba bertahan seberapa lama yang boleh, tolong jangan paksa diri anda untuk bertahan kerana takot ketahanan badan kita tidak dapat menyokong ketahanan itu.
  • Permulaan mulakan dengan kiraan 10 ke 15 saat. Apabila dah biasa boleh la bertahan selama 30 mint ke 1 mint.
  • Lakukan 5 ke 6 kali sehari..

SENAMAN PERGERAKAN ALA MENGUNTING
  • Senaman ini difokuskan untuk bahagian dalam peha kita.
  • Baring diatas lantai sambil tangan kita berada disisi kiri dan kanan
  • Kemudian angkatkan kedua-dua kaki anda dalam 45 darjah dari lantai.
  • Tahukan pergerakan gunting bila kita hendak memotong kertas, keadaan gunting itu bersilangkan?? so kita silangkan kaki kita sama seperti gunting.
  • Ok..dah bersilang?? lakukan silangan berulang-ulang kali (tukar kaki kanan ke depan, kaki kiri kebelakang dan buat ulanga)
  • Dalam 15 set ke 20 set, kita akan rasakan ketegangan pada bahagian dalam peha. 
SENAMAN PUSINGAN BULATAN
  • Baring mengiring dan tangan sebelah dijadikan bantal seperti di dalam gambar rajah diatas.
  • Angkat kaki setinggi mana yang boleh dan buatkan pusingan mengikut arah jam...lakukan 7 ke 13 set sebelum membuat tukaran kaki sebelah lagi.
  • Jika sudah lama melakukan, tambahkan set bagi setiap kaki...

ok..jom kita cuba lakukan senaman ini..saya dah cuba..untuk permulaan memang sakit!! bahagian peha dan betis..tambah-tambah lagi senaman pusingan bulatan... untuk senaman ala mengunting pun sama juga..tapi seronok...hari ini tak terasa la sakitnya..tapi tengok esok..mesti nak duduk pun sakit..huhuh...

SO JOM KITA MULAKAN SENAMAN BAGI BENTUK BADAN PIR / EPAL...
ESOK SAYA AKAN LISTKAN SENAMAN UNTUK TUBUH YANG LAIN PULA... :)






Wednesday 22 October 2014

KENAL CIRI-CIRI BADAN KITA...

KENAL CIRI BADAN KITA DAHULU.. ini adalah untuk memudahkan kita lebih fokus untuk mengurangkan berat badan kita.. Eh mana yang perlu kita buat ya???? malu la...tak ada kawan la nak teman pergi gym...U Alls!!!! semua ini kalau tak pergi gym... kita bole buat dekat umah... buat sendiri pun boleh.Ok..sekarang kite kenal ciri badan kita senaman apa yang perlu dibuat dahulu.

Bertubuh buah PIR

  • Atas kecil Bawah besar.
  • Menyebabkan pingggang Ramping
  • Mempunyai  Betis yang Besar!!!







Bertubuh buah Epal

  • Ukuran atas dan bawah sama lebar
  • Lemak terkumpul dibahagian perut
  • Kelihatan pendek
  • Pingang lebih besar daripada pinggul
  • Mempunyai peha dan kaki yang kecil





Bertubuh Hourglass


  • Bentuk badan yang Sempurna
  • Bahagian atas dan bawah sama
  • Pingang yang kecil
  • Potongan pingul serta bahagian dada yang penuh






Bertubuh Lurus

  • Mempunyai bahagian bahu yang lurus
  • Tiada Masalah berat badan
  • Perlu mencari pakaian yang sesuai untuk nampak cantik






Tuesday 21 October 2014

Hari ini saya telah menyahut cabaran sahabat saya untuk KURUS dalam masa 6 bulan bermula bulan ini!!! Argh.....rase macam takut nak sahut..tapi saya mesti ada target untuk mencapai matlamat saya untuk KURUS!!! untuk itu, saya telah membuat senaman yang selalu saya lengah-lengahkan kerana memanjang kata.."esok la buat..." hehehe. Tapi bila saya ingatkan cabaran yang sahabat saya itu, saya perlu jugak buat tanpa banyak alasan pada diri sendiri. So let's START...!!!jom ikut saya untuk kita sama-sama sihat...

UNTUK PERMULAAN APA YANG PERLU KITA BUAT???




Kenali diri kita dulu...saya Pear or Bell :) anda ketegori jenis badan yang mana?? jom kita kongsi bersama... kemudian baru kita dapat tahu mana yang perlu kita fokus dulu...


SAYA DENGAN INI  MENGAJAK KAWAN-KAWAN YANG MEMPUNYAI MASALAH BERAT BADAN MENYAHUT CABARAN JOM KURUS BERSAMA ERIN!!!!