Wednesday 3 December 2014

KENALI PRODUK DAN TERUS SIHAT

      

  salam sejahteran semua. sebelum ni erin dah bincangkan mengenai bentuk badan kita, cara senaman yang betul untuk di fokuskan pada bentuk badan kita dan pengalaman erin dalam melakukan senaman yang telah diseranai pendekan untuk kemudahkan kita semua.. Untuk pengetahuan , badan kita sangat memerlukan suplement  bagi membantu kita dalam tugasan harian dan pergerakan kita yang selama ini tiada batasan. Pernahkah kita tahu badan kita makin lama makin kekurangan antibodi disebabkan kerja yang kita lakukan tidak mengira waktu dan keadaan. kesian dengan badan kitakan.. so di sini untuk kita lebih fokus pada tujuan kita yang sebenar iaitu KURUS.. so erin ingin berkongsi suplement yang erin ambil untuk menyokong tindakan erin untuk KURUS.. dekat sini erin akan beri antara suplement  yang erin ambil beserta dengan khasiat yang ada pada suplement  itu.. jom kite ke babak seterusnya.

Erin tak nafikan erin perlukan suplement  untuk teruskan tujuan erin ini. Antaranya suplement  yang erin ambil ialah LECITHIN , OMEGA , ALFAFA, CINCH  dan ESP.. mari saya belanja tengok gambar dia pulak ok... :)


ESP SOY PROTIEN ISOLATE POWDER

  •  ESP lengkap dengan unsur kalsium ( mengelakan kerapuhan tulang) kerana soya bersifat keasidan
  • Pengambilan ESP dapat memberi kekenyangan dan ia juga dapat membantu dalam proses pengurangan berat badan.
  • Dapat juga membantu dari segi kecantikan kulit, berseri, menganjalkan kulit, awet muda. Ini adalah kerana protien memang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  • Ia juga boleh menghilangkan kesan-kesan jerawat dimuka 
  •  mengawal berat badan
  •  berasaskan soya
  •  pemecah lemak- lebih cepat membakar lemak dengan membuat senaman
  •  sesuai untuk ibu menyusu
  •  bebas dari kolestrol
  •  bertindak sebagai pelarut lemak
  •  mencegah penyakit
    • darah tinggi
    • stroke
    • sakit jantung
LECITHIN






  • Dapat mengelakan dari penyakit alzheumier disease kerana lecithin adalah makanan untuk otak dan saraf

  • membantu dalam masalah - insomnia - sumber hormon neutronsmiter yang membantu proses tidor
  • ia juga adalah asid lemak yang penting bagi paru-paru bagi memecahkan mukus & melegakan irritation
  • bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi badan kita
  • diperlukan dalam penghasilan hormon epirephrine  yang diperlukan bagi mengecah dari simpton monopouse dan PMS


ALFALFA COMPLEX



  • Alfalfa adalah suplement yang agak bagus untuk badan kita. Ia ada 19 khasiat didalamnya antaranya :-
      • mencuci usus bagi membuang toksik(saya suka)
      • Memberi kelegaan semasa haid
      • menegangkan dan membesarkan payudara (wanita)
      • Dapat mengilangkan kelesuan badan dan tekanan
      • Tumbuhan yang baik dan mengandungi zat untuk keperluan harian badan kita
      • dapat juga merawat athma
      • membantu masalah pencernaan dan pengadaman
      • bagus untuk yang ada masalah kulit dan ekzema
      • merawat athitis
      • merawat masalah keputihan (wanita)
      • mencuci buah pingang dan merawat kencing kotor
      • Sakit sendi dan tulang
      • melegakan sembelit
      • meneutralkan asid dalam badan
      • bertindak seperti kacip fatimah (para isteri)
      • memulihkan urat selepas bersalin
      • milk booster
      • membuang angin dalam badan
      • membangkitkan stamina seorang suami.

CINCH VANILLA, CHOCOLATE , CAFE LATTE



  • CINCH!!!! memang sedap tau...erin pernah ambil perisa vanilla dan chocolate..sekarang ini erin ambil ESP+CINCH ... memang terbaekkkkk..heheh sedap..lemak berkerim..erin ambil 2 Suplement ini sebagai minuman pagi erin atau erin rase lapar..Erin ambil juga sebelum nak lakukan senaman dan berjoging.. Ok jom kita tengok apa khasiat dan fungsi CINCH dalam target kita untuk KURUS...!
      • Dapat mengekalkan otot walaupun selepas lemak di BAKAR!
      • TINGGI serat
      • KAYA dengan PROTIEN - dapat memberi kekenyangan dengan tempoh lebih lama
      • Glisemik yang rendah
      • bebas laktosa
      • Berasaskan non-GMO soya
      • Lengkap dengan vitamin yang dapat membantu badan sentiasa sihat dan cergas.
      • diperKAYA dengan leucine

OMEGA GUARD
OMEGA GUARD!!!! heheh..erin teruja dengan semua suplement ini sebab erin mengambilnya dan hasilnya terbukti.. di dalam kita ingin melaksanakan misi kita....secara tak langsung ia juga dapat memberi manfaat kepada badan kita yang sememangnya memerlukan suplement  bagi menyokong tugas harian yang kita laksanakan setiap hari. Omega Guard ini erin ambil sekali sehari selepas erin ambil makanan berat seperti makan tengahari... Fungsi Omega Guard ini adalah untuk :-

  • ia dapat merendahkan korestrol
  • dapat mengawal masalah obesiti
  • mengimbangi perubahan dan kepekatan ( hormon PMS wanita)
  • mencegah salur darah yang tersembut
  • dapat mengelakan strok
  • membantu dalam mengurangkan ketengangan urat leher
  • mengurangkan sakit kepala
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • SANGAT BAGUS untuk ibu hamil ( membantu TUMBESARAN DAN PEKEMBANGAN OTAK JANIN
  • meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • membantu menentang KANSER paru-paru, PAYU DARA, kanser prostat dan kanser kolon
  • mencegah penyakit gout
  • OMEGA GUARD juga dapat mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
erm...ok tak?? suplement  yang erin gunakan dalam proses untuk erin kurus??? jom la kita sama-sama cuba produk yang best nie..sure  u alls  tak kecewa dengannya.. kita dah penat dengan senaman-senaman semua itu, kita ambil suplement  yang erin syorkan ini dapat membantu kita untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang kita inginkan. TAK KENAL MAKA TAK CINTA... ramai yang dah tahu dengan semua produk yang erin tunjukan diatas ini. jom kita senaman semula selepas kita ambil suplement  ini... :)






Tuesday 4 November 2014

INI PENGALAMAN SAYA DALAM SENAMAN YANG DIFOKUSKAN

Hai u alls... sorry ya dah lama tak update...so hari ini saya tak nak share apa-apa senaman..cuma nak tanya la u alls punya perkembangan.. makin berkembang??? atau ada pengurangan berat badan yang di idam-idamkan selama ini... Dekat sini erin nak kongsi sedikit perkembangan erin dalam menjalan kan berberapa senaman yang erin sharekan sebelum ini...

picture 1

picture 2

picture 3

picture 4

Erm...ini adalah senaman yang erin selalu lakukan...memang betul terasa sakit dibahagian yang difokus dalam semua senaman ini.. u alls ada buat tak?? sama tak macam mana erin rase?? 

Seronok tau kalau kite buat senaman-senaman ini, sebab apa?? OK..! saya buat senaman yang picture 1 itu memang melengguhkan..mula-mula nak buat dalam 10 set la...pikir macam senang saja ... bila buat 1set pun dah letih...huhuhu :( macam mana nak buat sampai 10 set ini?? TAPI....bila dah hari-hari kita lakukan..Alhamdulillah... bole la buat dalam 10 set dengan kiraan sehingga 20 setiap 1 set. So u alls punya, dapat tak lebih atau kurang dari erin?? hehehhe...

Bagi picture 2 pula nampak santai sangat....erin buat senaman ini sambil tengok TV tau..heheh...percaya tak?? heheh...gelak dulu...suami erin pun pelik apa yang erin nak buat ini?? erin kata " awak tengok je TV tu ye..saya ada tugas yang perlu diselesaikan" hehehh..dia pun buat tak tau je la dengan apa yang erin buat..kadang-kadang erin suruh suami ikut skali..tapi biasa la..dia kata dia tak ada tugas untuk diselesaikan...heheh.. ya la..badan dia kurus..so tak der la misi nya..heheh. Senaman ini saya buat agak mencabar juga..sebabnya kita kena buat pusingan arah jam.. dan bukak kaki itu seluas yang boleh..memang LENGUH sangat!!.. tapi nampak juga hasil nya...cuma tak banyak sangat..sebab peha saya memang kena fokus lebih..

U alls nak tau tak?? senaman dari picture 3 itu lagi mencabar..antara step-step yang ada itu, erin baru dapat buat 2 step ja..yang lain belum dapat lagi..tapi akan dicapai juga nanti..tunggu erk..dah nak masuk 2 minggu erin lakukan.. ada yang nampak la perubahan itu..tapi badan erin memang susah nak turun..so erin kena fokus lebih..

Sama macam senaman dari picture 4 itu, saya memang tak larat nak lakukan..nampak macam simple sangat cara senaman ini, tapi bila kita lakukan...Pergh.... memang mencabar..cuba la u alls buat..gerenti tau apa rasenye..erin cabar laki erin..dia boleh buat berapa lama..erin countkan untuk die..fuuuyyyooo..dia bole lakukan selama 30 saat tue..ya la kan..erin dah cakap dekat atas..die kurus boleh la..lemak tak banyak..heheheh

Ok..ini sahaja untuk hari ini, saya nak terus dan teruskan dengan senaman ini dan senaman yang lain..nanti saya bagi link untuk buat senaman yang memang membakar lemak-lemak kita... tunggu ya...bye...





Wednesday 29 October 2014

SENAMAN MENGIKUT BENTUK BADAN KITA

Hai...selamat sejahtera semua..maaf la sebab rasa dah lama tak update blog.. sibuk sikit.. So...dekat mana kita hari itu?? Oh...senaman untuk kita-kita yang berbentuk pear / epal  ya?? Ok..so hari ini saya nak kongsikan pulak senaman bagi badan yang berbentuk hourglass. Ada juga yang mengatakan bentuk badan ini ala-ala pinggang kerengga atau nombor 8. Tak kisahlah orang gelarkan apa dengan bentuk badan ini.. yang pasti kita nak fokus senaman apa yang perlu kita lakukan ok... Are you ready guys..!!


SENAMAN UNTUK BADAN BERBENTUK HOURGLASS 

NAIK TURUN TANGGA




  • Orang yang badannya berbentuk hourglass  ini boleh melakukan naik turun tangga di pejabat, dirumah di mana kawasan yang mempunyai tangga.. kalau paling power naik turun tangga di batu caves yang beribu-ribu anak tangganya. senaman ini di fokuskan untuk peha dan betis. Ia juga dapat membakar lebih banyak kalori dalam badan kita
  • Lakukan 3 set atau 5 set untuk sekali sesi.
  • Jika berlakunya sakit-sakit di bahagian peha dan betis... jangan STOP pada hari esoknya..itu membuktikan otot-otot kita sedang membentuk dan diharap teruskan sehingga kita memendapat bentuk badan yang ideal... :)

JUMP ROPE / SKIPPING

  • Senaman ini mudah dilakukan dimana-mana kawasan yang sesuai.
  • Jump Rope / Skipping adalah satu latihan kardio (latihan untuk menguatkan jantung)
  • Lakukan selama 10 mint , Ia sama dengan berjoging selama 8 mint/mil
  • Ia juga dapat membangunkan kepadatan pada tulang kita
  • Dengan melakukan senaman ini, Ia juga dapat mengecilkan peha kita.


PILATES / SENAMAN LANTAI


  • Salah satu senaman @ pergerakan fizikal untuk pengimbangan badan dan latihan pernafasan
  • Perhatian!! senaman ini boleh dilakukan semasa kita sedang berpuasa..ok la kan???
  • Senaman ini di fokuskan kepada bahagian perut 
  • Lakukan setiap pergerakan senaman ini dalam kiraan 15 ke 20 saat pada permualaan
  • Buat ulangan selama 5 ke 7 kali dan tukar pergerakan lain dengan kiraan dan kekerapan yang sama
  • Ia juga dapat meningkatkan kekuatan badan, fleksiblitas badan, menguatkan kekuatan pada oto perut
  • Juga difokuskan pada bawah punggung dan pingul.

Fuhhhh!!!! bagi berbadan selain dari bentuk badan hourglass ini pun boleh melakukan juga senaman ini. tak ada masalah... Ok... ini dahulu dari erin untuk senaman bagi bentuk badan hourglass ..  kita akan jumpa lagi esok untuk senaman yang seterusnya..



Selain senaman yang kita sering lakukan ini, SUPLEMENT juga penting untuk kita, dari segi membantu kita untuk membakar lemak dengan segara dan secara tak langsung dapat memberi tenaga pada badan kita. Saya juga mengamalkan pengambilan suplement untuk membantu saya dalam proses menguruskan badan. TAPI...harus berjaga-jaga dengan produk yang ada diluar sana, ramai yang ingin memungut keuntungan dari orang-orang yang memerlukan suplement seperti kita, oleh itu haruslah sentiasa peka dengan sesuatu produk yang diambil. SHARING IS CARING !!.. 



Friday 24 October 2014

SENAMAN YANG PERLU FOKUS

Salam dan selamat sejahtera. Hari ini apa ye yang nak dikongsi?? ok..erin hari ini nak kongsikan cara senaman yang perlu kita fokus dari segi bentuk badan kita.. sebelum itu semua dah tahu jenis bentuk badan sendiri?? apa ya?? boleh share  dengan erin...??


Ok disebabkan bentuk badan erin adalah pir / epal.. so erin kongsi la senaman yang sesuai dengan tubuh badan erin. kadang-kadang kita memang nak cepat untuk turunkan berat badan.. dan kita senaman sehabis-habisan..tapi keputusan yang kita dapat..kecil dekat tempat yang kita tidak sasarkan..Oleh itu, kita perlu la tahu cara senaman yang betul dan sesuai dengan kita.

JOM KITA TENGOK....

SENAMAN KERUSI BAYANGAN

  • Kita berdiri tegak dan bersandar pada dinding yang rata
  • Dengan perlahan-lahan turun sambil tangan dipingang / angkat tangan seperti di dalam gambar rajah diatas.
  • Turun sampai kita rasa kita sedang duduk di atas kerusi.
  • Pastikan badan sentiasa tegak dan bersandar di dinding
  • Cuba bertahan seberapa lama yang boleh, tolong jangan paksa diri anda untuk bertahan kerana takot ketahanan badan kita tidak dapat menyokong ketahanan itu.
  • Permulaan mulakan dengan kiraan 10 ke 15 saat. Apabila dah biasa boleh la bertahan selama 30 mint ke 1 mint.
  • Lakukan 5 ke 6 kali sehari..

SENAMAN PERGERAKAN ALA MENGUNTING
  • Senaman ini difokuskan untuk bahagian dalam peha kita.
  • Baring diatas lantai sambil tangan kita berada disisi kiri dan kanan
  • Kemudian angkatkan kedua-dua kaki anda dalam 45 darjah dari lantai.
  • Tahukan pergerakan gunting bila kita hendak memotong kertas, keadaan gunting itu bersilangkan?? so kita silangkan kaki kita sama seperti gunting.
  • Ok..dah bersilang?? lakukan silangan berulang-ulang kali (tukar kaki kanan ke depan, kaki kiri kebelakang dan buat ulanga)
  • Dalam 15 set ke 20 set, kita akan rasakan ketegangan pada bahagian dalam peha. 
SENAMAN PUSINGAN BULATAN
  • Baring mengiring dan tangan sebelah dijadikan bantal seperti di dalam gambar rajah diatas.
  • Angkat kaki setinggi mana yang boleh dan buatkan pusingan mengikut arah jam...lakukan 7 ke 13 set sebelum membuat tukaran kaki sebelah lagi.
  • Jika sudah lama melakukan, tambahkan set bagi setiap kaki...

ok..jom kita cuba lakukan senaman ini..saya dah cuba..untuk permulaan memang sakit!! bahagian peha dan betis..tambah-tambah lagi senaman pusingan bulatan... untuk senaman ala mengunting pun sama juga..tapi seronok...hari ini tak terasa la sakitnya..tapi tengok esok..mesti nak duduk pun sakit..huhuh...

SO JOM KITA MULAKAN SENAMAN BAGI BENTUK BADAN PIR / EPAL...
ESOK SAYA AKAN LISTKAN SENAMAN UNTUK TUBUH YANG LAIN PULA... :)






Wednesday 22 October 2014

KENAL CIRI-CIRI BADAN KITA...

KENAL CIRI BADAN KITA DAHULU.. ini adalah untuk memudahkan kita lebih fokus untuk mengurangkan berat badan kita.. Eh mana yang perlu kita buat ya???? malu la...tak ada kawan la nak teman pergi gym...U Alls!!!! semua ini kalau tak pergi gym... kita bole buat dekat umah... buat sendiri pun boleh.Ok..sekarang kite kenal ciri badan kita senaman apa yang perlu dibuat dahulu.

Bertubuh buah PIR

  • Atas kecil Bawah besar.
  • Menyebabkan pingggang Ramping
  • Mempunyai  Betis yang Besar!!!







Bertubuh buah Epal

  • Ukuran atas dan bawah sama lebar
  • Lemak terkumpul dibahagian perut
  • Kelihatan pendek
  • Pingang lebih besar daripada pinggul
  • Mempunyai peha dan kaki yang kecil





Bertubuh Hourglass


  • Bentuk badan yang Sempurna
  • Bahagian atas dan bawah sama
  • Pingang yang kecil
  • Potongan pingul serta bahagian dada yang penuh






Bertubuh Lurus

  • Mempunyai bahagian bahu yang lurus
  • Tiada Masalah berat badan
  • Perlu mencari pakaian yang sesuai untuk nampak cantik






Tuesday 21 October 2014

Hari ini saya telah menyahut cabaran sahabat saya untuk KURUS dalam masa 6 bulan bermula bulan ini!!! Argh.....rase macam takut nak sahut..tapi saya mesti ada target untuk mencapai matlamat saya untuk KURUS!!! untuk itu, saya telah membuat senaman yang selalu saya lengah-lengahkan kerana memanjang kata.."esok la buat..." hehehe. Tapi bila saya ingatkan cabaran yang sahabat saya itu, saya perlu jugak buat tanpa banyak alasan pada diri sendiri. So let's START...!!!jom ikut saya untuk kita sama-sama sihat...

UNTUK PERMULAAN APA YANG PERLU KITA BUAT???




Kenali diri kita dulu...saya Pear or Bell :) anda ketegori jenis badan yang mana?? jom kita kongsi bersama... kemudian baru kita dapat tahu mana yang perlu kita fokus dulu...


SAYA DENGAN INI  MENGAJAK KAWAN-KAWAN YANG MEMPUNYAI MASALAH BERAT BADAN MENYAHUT CABARAN JOM KURUS BERSAMA ERIN!!!!