Friday 24 October 2014

SENAMAN YANG PERLU FOKUS

Salam dan selamat sejahtera. Hari ini apa ye yang nak dikongsi?? ok..erin hari ini nak kongsikan cara senaman yang perlu kita fokus dari segi bentuk badan kita.. sebelum itu semua dah tahu jenis bentuk badan sendiri?? apa ya?? boleh share  dengan erin...??


Ok disebabkan bentuk badan erin adalah pir / epal.. so erin kongsi la senaman yang sesuai dengan tubuh badan erin. kadang-kadang kita memang nak cepat untuk turunkan berat badan.. dan kita senaman sehabis-habisan..tapi keputusan yang kita dapat..kecil dekat tempat yang kita tidak sasarkan..Oleh itu, kita perlu la tahu cara senaman yang betul dan sesuai dengan kita.

JOM KITA TENGOK....

SENAMAN KERUSI BAYANGAN

  • Kita berdiri tegak dan bersandar pada dinding yang rata
  • Dengan perlahan-lahan turun sambil tangan dipingang / angkat tangan seperti di dalam gambar rajah diatas.
  • Turun sampai kita rasa kita sedang duduk di atas kerusi.
  • Pastikan badan sentiasa tegak dan bersandar di dinding
  • Cuba bertahan seberapa lama yang boleh, tolong jangan paksa diri anda untuk bertahan kerana takot ketahanan badan kita tidak dapat menyokong ketahanan itu.
  • Permulaan mulakan dengan kiraan 10 ke 15 saat. Apabila dah biasa boleh la bertahan selama 30 mint ke 1 mint.
  • Lakukan 5 ke 6 kali sehari..

SENAMAN PERGERAKAN ALA MENGUNTING
  • Senaman ini difokuskan untuk bahagian dalam peha kita.
  • Baring diatas lantai sambil tangan kita berada disisi kiri dan kanan
  • Kemudian angkatkan kedua-dua kaki anda dalam 45 darjah dari lantai.
  • Tahukan pergerakan gunting bila kita hendak memotong kertas, keadaan gunting itu bersilangkan?? so kita silangkan kaki kita sama seperti gunting.
  • Ok..dah bersilang?? lakukan silangan berulang-ulang kali (tukar kaki kanan ke depan, kaki kiri kebelakang dan buat ulanga)
  • Dalam 15 set ke 20 set, kita akan rasakan ketegangan pada bahagian dalam peha. 
SENAMAN PUSINGAN BULATAN
  • Baring mengiring dan tangan sebelah dijadikan bantal seperti di dalam gambar rajah diatas.
  • Angkat kaki setinggi mana yang boleh dan buatkan pusingan mengikut arah jam...lakukan 7 ke 13 set sebelum membuat tukaran kaki sebelah lagi.
  • Jika sudah lama melakukan, tambahkan set bagi setiap kaki...

ok..jom kita cuba lakukan senaman ini..saya dah cuba..untuk permulaan memang sakit!! bahagian peha dan betis..tambah-tambah lagi senaman pusingan bulatan... untuk senaman ala mengunting pun sama juga..tapi seronok...hari ini tak terasa la sakitnya..tapi tengok esok..mesti nak duduk pun sakit..huhuh...

SO JOM KITA MULAKAN SENAMAN BAGI BENTUK BADAN PIR / EPAL...
ESOK SAYA AKAN LISTKAN SENAMAN UNTUK TUBUH YANG LAIN PULA... :)






2 comments:

  1. Menarik, malam karang kena cuba nie..Thanks erin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok zana..kite sama2 usaha ok..untuk yang tersayang kan..hehhehe chaayukkk

      Delete